UNDER CONSTRUCTION !

Sunday, June 3, 2012

Nukilanku : Pandangan tentang KISAS [Kolej Islam Sultan Alam Shah]



Assalammualaikum..

Fairy lebih bminat untuk bkongsi 'pandangan' Fairy semenjak berada di KISAS. Sejak Fairy mohon SBP, Fairy memang xbniat untuk tinggalkan SMART. sekadar suke3x memenuhi kehendak kawan. manakan tidak, rakan3x Fairy ramai yang mohon SBP [y xnak mohon xdikira] jadi yang tinggal hanya Fairy dan Una. Fairy tanya Una, Una nak mohon apa3x x? dia cakap nak mohon KISAS. jahilnya Fairy, KISAS tu apa? xpi, buat3x tahu. tp, baru Fairy ingat, senior Fairy , Kak Aisyah Zafirah skul dekat KISAS. itu je yang Fairy tahu, nama. N then Una jelaskan kat Fairy yang dia nak mohon cume tak de kawan. dia pun pujuk Fairy. lama juga kita bincang sehingga terbawa-bawa ke tusyen. Kami juga dapat tahu , ramai pelajar kelas sebelah yakni 3 Jujur membuat tawaran ke sana. last3x, fairy trima buat tawaran sama3x dengan Una. SEkadar suke3x memunhi kehendak. Xda 'keseriusan' langsung!





Fairy buat pun, dalam pada masa yang sama, fairy TERSANGAT PALING SUNGGUH AMAT yakin Fairy xkan diterima. Come on lah. skolah top malaysia kooot. Mana Fairy mampu!

Tetapi, Una memang bhajat tinggi ke sana kerana dia tahu kehidupan di sana. abangnya merupakan bekas pelajar kisas. Jadi, berbulan-bulan, pmr and then result. 9A and then Una pegang bahu Fairy n cakap pada umminya :


"InsyaAllah, Fairy nak pgi KISAS sekali dengan Una." penuh harapan dia cakap. Fairy tersenyum. Tinggalkan SMART? haha. No way, man!

"Oh ye ke? Baguslah!" Mak una pegang bahu Fairy.


sehinggalah 19 Januari, malam tu, heboh FB mengenai tawaran sbp dah keluar. Fairy pon saja la nak check. alah. saja3x. nak tahu juga, kot3x tetibe dapat tawaran dri sbp lain? cume, satu je lah keputusannya. TOLAK n___n lainlah kalau dapat skolah yang top3x, akan dipertimbangkan. kih3x.



Itulah.. Rancangan manusia ini tak semuanya mampu berlaku kerana adanya Rancangan Allah yang Hebat. RancanganNYA juga yang akan menjadi. Allah mentakdirkan nama Fairy dipilih untuk menjadi penerus tarbiyah di sana. ITulah yang Fairy katakan tadi. Rancangan Allah sentiasa menjadi.



Sahabat boleh lihat post3x tdahulu sblom Fairy mbuat keputusan ke KISAS. smasa Fairy dalam istikharah dalam menentukan yang tbaik. klik di bawah ini :






Begitulah. End psal sebelum masuk KISAS. 



Sbaik Fairy menjejak langkah Fairy ke bumi waqafan, Fairy tergamam! Sikap ramahnya, biahnya. Ah! Tidak terkata. Bacaan Al-Mathurat setiap hari pada waktu pagi dan petang. Solat berjemaah pada setiap waktu solat! Turun awal ke Musolla! Tazkirah yang penuh pengajaran dan makna!


Maka Fairy mengiyakan akan :





Fairy xboleh nafikan betapa Fairy kagum dengan biah solehah di sini! Sangat indah! Sangat tenang! Dan, Fairy benar3x tidak sangka masih wujud suasana yang begini. Betapa jahilnya Fairy! Satu perkara yang sangat sangat sangat SANGAT kagum ialah IKHTILAT! Hubungan antara lelaki dan perempuan.



Dimana kami harus menundukkan pandangan. Menguatkan intonasi suara agar tidak mendayu-dayu sehingga menimbulkan fitnah. Kami juga turut diajar untuk tidak MEMANGGIL nama3x mereka. Contoh namanya Abdullah. Kami dilarang memanggil Abdullah sebaliknya ditukarkan kepada 'MUSLIMIN' . dan bg lelaki pula, akan memanggil kaum hawa dengan panggilan 'MUSLIMAT'. nampak sukar bukan? Tapi, mudah sekiranya kita ikhlas dan anggap ini sebagai satu transformasi. Menurut kata Saidatina Fatimah "



"Wanita solehah itu tidak suka mengenali dan dikenali,
memandang dan dipandang,
di bibirnya tidak meniti NAMA-NAMA LELAKI,
dan di bibir lelaki tidak meniti NAMANYA."



Indah sungguh kata-kata ini. :') Smoga Fairy dan sahabat-sahabat muslimat mampu menjadi wanita Solehah yang merindui Syurga Allah. Aamin Ya Robb.



Apa hebatnya KISAS ini??
Serius kata, Fairy daripada SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN yang tiada TITLE sekolah agama, hanya sekadar kelas aliran arab rasa sangat3x terpesona dengan keindahan Islam. Sehingga Fairy rasa "Subhannallah! Begini rupanya kemanisan dalam islam.". Diri Fairy rasa ditarbiyah dengan kata3x penuh hikmah dan keinsafan. Betapa Fairy sedar dahulu Fairy jahil, hina dan kerdil. Fairy pegang agama tapi xbanyak Fairy amalkan dalam kehidupan. Sehingga akhirnya Allah campakkan Fairy ke bumi Waqafan, semuanya berubah.



kehidupan Fairy BERUBAH! Fairy rasa dekat dengan Allah. Fairy rasa manis sangat sangat sangat beribadat kerana Allah. Senang kata, seronok berbanding dahulu. Kalau dahulu, solat kata seronok. sekarang TERAMAT seronok! sbb, kehidupan di sana banyak mengajar Fairy beribadat kepada Allah bukan atas dasar tanggungjawab. tapi, atas dasar kasih! atas dasar cinta! atas dasar hamba! dan atas dasar MARDHOTILLAH! waktu itulah kita berkomunikasi dengan Yang Maha Esa! Waktu itulah dia bersama-sama dengan kita! Waktu itulah dia DEKAT dengan Kita. MasyaAllah! Nikmatnya xterkata. 



Seandainya sahaja suasana ini mampu wujud dalam negara kita!! Bayangkan presepsi non-muslim?? TERTARIK  bukan? Ukhuwwah yang mantap! Tarbiyah yang diterima! Biah yang solehah. MasyaAllah! Maka, terselamatlah kita daripada perkara-perkara yang lagho dan melalaikan jiwa.



Sungguh Fairy kata, Fairy xpernah rasa 'dipelihara' sehingga Fairy berada di KISAS. Fairy terpelihara daripada perkara yang sia-sia. Fairy terpelihara daripada perkara yang alpa. Fairy terpelihara daripada perkara yang lagho semata-mata. dan yang paling penting! TERPELIHARA DARIPADA DOSA! Alhamdulillah! Fairy bersyukur Fairy menjadi pilihan Allah untuk merasai kenikmatan Islam.



Maka disitu, timbul persoalan di dalam hati Fairy, bagaimana Islam pada zaman dahulu? Pada zaman Rasulullah? Pasti sangat DAHSYAT! Namun, kenapa sehingga ke keturunan ini, suasana itu pudar? Sedih apabila mengingati semua ini. Sedih apabila Fairy pulang bermalam + cuti, di facebook sahaja ramai yang buat dosa secara terang-terangan apatah lagi di luar? Hilangnya sifat malu yang menjadi BENTENG iman seseorang itu. Nauzubillah, semoga kita thindar drpada semua itu.



menjawab soalan? :)



Tinggal di asrama memang bukan pkara yang mudah kerana plu bdikari dan berdisiplin. Ya, disinal tempat untuk kita membina kekuatan diri sejauh mana kita mampu. frankly speaking, SUSAH! mana nak basuh baju, mana nak study lagi. Penat. ya! sangat penat. tapi, kawan3x kata, "Itu normal. duduk di asrama mmg penat." sekadar ayat macam tu langsung xberi kesan. Normal?? I WANT SOMETHING YANG ABNORMAL!! tapikan, kakak a.s Fairy yakni Kak Nazihah ada pesan pada Fairy, sesuatu yang berbeza. :




"Farihah Amirah,


Adikku! Tabahkanlah hati, ketahuilah setiap ujian 
Yang Allah beri adalah untuk menaikkan
darjat kita!
Setiap ujian yang Allah beri itu tandanya
Allah sayang kat kita..
Bergembiralah orang yang diuji :)

Farihah,
Jadilah mata rantai perjuangan Islam..
Terimalah tarbiyah kat sini seadanya!
Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang!

Kak sitinurnazihahamka!
4April2012-rabu-8:13pm
Uhibbuki Fillah"



Fairy boldkan disitu! RANTAI PERJUANGAN ISLAM!! Kata-kata ini menunjukkan FAIRY TIDAK SENDIRIAN! Fairy ada kawan3x! 5 unique things in KISAS! Friends and ukhuwwah!! Seronok bukan mengetahui kenyataan ini. KITA TIDAK SENDIRIAN! dalam keadaan itu juga, KITA PUNYA ALLAH! Innallahmaa'na! Sesungguhnya Allah bsama KITA! MasyaAllah!!


Sudah pukul 3:10 am. Lama juga Fairy tulis. 20 minit. apapun, inilah yang Fairy terima. Fairy rasa beruntung sangat. masih ramai yang memohon, 5000 orang yang memohon KISAS sepanjang tahun lepas, tapi, Nama fairy juga yang Allah pilih. Tapi, satu sahaja nasihat Fairy untuk adik3x yang ingin menjadi penyambung tarbiyah di bumi waqafan dan mungkin akak3x yang bniat untuk ambil stam, stpm di KISAS :



"Sahabat perjuanganku! Tabahkan hatimu dalam mujahadah mencapai Mardhotillah. Jangan kecundang! Jangan mengalah! Kerana orang yang kecundang dan mengalah umpama orang yang TERSUNGKUR di tengah3x medan perjuangan! Ingatlah, hati ini sentiasa menjerit mendambakan ketenangan maka turutkanlah apa yang baik untukmu dan seluruh agamamu. Maka, InsyaAllah, Allah akan sentiasa bersamamu , mengirimkanmu kekuatan yang kamu perlukan, InsyaAllah." :')








Sekian sahaja daripada manusia yang tidak mahu ke KISAS,
akhirnya melangkah masuk menjadi insan yang sentiasa mahu diingati,
Farihah Amirah Binti Ahmad Faiz.

39 comments:

  1. Assalammualaikum Kak Fairy. Nk tanya sikit, Kelas apa yg ada dkt KISAS? Sains Agama atau Akaun Agama?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam, dik. Sains dan juga akaun ^^ ~ (+) agama :D

    ReplyDelete
  3. akak, masa f3 akak dpt brape A?? saya teringin sgt nk msk tapi takut sbb saya ni xla pndai sgt..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, klu ada upkk 6a blh di terima. Dan upsr bagaimana pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Die x tgok result upsr or upkk dik. Die tgok result pmr.. 8A atau 9A.. dan Arab wajib A..

      Delete
  5. ok, akak dh tahu adik umur brape. A.S kak nazihah thariq kn? :)

    ReplyDelete
  6. Salam.fairy ni lelaki ke atau perempuan?

    ReplyDelete
  7. nk masuk skolah ni at least berape A?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 9A dan bahasa Arab wajib cemerlang as in A+. Tu yg saya pernah bacalah.

      Delete
  8. akak nk tye ckit....kite wajib ke amek stpm atau stam kt kisas kalao kite dh msuk kisas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. X wajib.. atas keinginan kita..

      Delete
  9. nak tanya siked . stpm masuk 5/5 nie masuk asrama terus ke ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon dpt stpm jgak kt kisas...yg psal 5/5 tu,saya pon konfius jgak?? Awak ada info apa2 ke

      Delete
  10. kak kisas nie best kan??

    ReplyDelete
  11. Assalam. Kak, mcm mne nak msk skolah ni utk form 4? Kalau x ambik aliran arab, boleh ke mohon utk pergi ke KISAS?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kene amek arab dikk..

      Delete
    2. Kalau form 4 baru nak ambil arab tak boleh?

      Delete
  12. Assalamualaikum kak fairy. Apa syarat kemasukan ke sini ya? Kalau exam pt3 ada gred C. Boleh ke diterima?

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum kak fairy. Apa syarat kemasukan ke sini ya? Kalau exam pt3 ada gred C. Boleh ke diterima?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, sebab kadang ikut rezeki orang tu :)

      Delete
  14. Kalau waktu form 3 tak ambil kelas Arab, agak agak boleh apply kisas tak?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum, sis saya nak tanya sikit, utk pelajar lepasan spm sekolah harian biasa boleh ke ambik stpm berasrama di KISAS ?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum, sis saya nak tanya sikit, utk pelajar lepasan spm sekolah harian biasa boleh ke ambik stpm berasrama di KISAS ? perlukah medapat markah yang bagus dalam spm untuk masuk ke KISAS ?

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum kak..kalau sekolah di kisas,balik ke rumah tiap2 dua minggu atau tiap2 bulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiap2 bulan sebab sbp, ada balik pilihan dan balik wajib :) tapi depends, ada yang sebulan tu balik 2 kali

      Delete
  18. Assalamualaikum akak saya nak tanya boleh ke mohon KISAS kalau keputusan pt3 tak berapa memuaskan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai saingan sebab budak 11A/10A ramai, tapi kalau Allah dah tentukan boleh je ��

      Delete
  19. Assalamualaikum kak..kalau nak masuk KISAS ni mmg dia ambil pelajar2 yg dr skola agama atau pelajar yg ambil aliran agama je ke?? kalau saya dr SMK harian biasa x ambil bahasa arab masa F3 x bole mohon ke??

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum kak fairy.. sy nak tanya, apa cabaran sepanjang berada di kisas, slain penat duduk di asrama,& kat kisas tak ada mslh yg brkaitn dgn TTFBU tu..

    ReplyDelete
  21. Saya nak tanya kalau kita time f3 sekolah harian biasa and tak ada aliran agama memang tak boleh lah masuk kisas ye?

    ReplyDelete
  22. Replies
    1. banyak jugak lah, pendaftaran around 1k sebab asrama. pastu tak campur segala buku, modul whatever

      Delete
  23. Ya Allah series rindu kisas

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum,kak...nk tnye,klau xde sijil sma,bleh ke amik stam kt kisas? Cuz saya dri smka..klau sklh lain mmg syaratnye kne ada sijil sma..kisas?

    ReplyDelete
  25. macam mana nak daftar masuk kisas?

    ReplyDelete
  26. mulai tahun 2017,kisas buat temuduga kmasukan pd awal tahun

    ReplyDelete
  27. Yuran nk masuk kisas agak2 brp ye kak

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...